Berita

Bau busuk dari rumah tidak berpenghuni mencemaskan penduduk

SEREMBAN: Bau busuk dari sebuah rumah yang tidak berpenghuni di Taman Seremban Garden mencemaskan sebahagian penduduk di taman perumahan tersebut.

Bimbang sekiranya bau busuk ini disebabkan oleh kejadian yang tidak diingini, seorang penduduk telah menghubungi Pusat Khidmat Rakyat DUN Seremban Jaya.

Justeru, ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren bersama Ahli Majlis Bandaraya Seremban telah melawat dan meninjau sendiri aduan pencemaran bau yang datang dari sebuah rumah di Jalan Seroja 6.

“Menurut pengadu di Jalan Seroja 3, bau busuk datang dari bahagian belakang rumah (Jalan Seroja 6) dan pengadu terpaksa menutup semua tingkap setiap kali terhidu bau busuk (apabila angin bertiup).

“Pihak kami telah menghubungi pemilik rumah yang telah datang ke rumah tersebut dan mendapati ada bangkai monyet mati di dalam rumah tersebut dan ini adalah punca bau tersebut,” jelas Gunasekaren.

Gunasekaren berkata, beliau berharap pemilik rumah perlu sentiasa menjaga kebersihan dan menyelenggara harta benda yang dimiliki agar tidak mendatangkan kacau ganggu kepada jiran tetangga atau pihak awam.

“Kita perlu ada tanggungjawab menjaga keselesaan orang awam,” ujarnya.

Show More

Related Articles

Back to top button