BeritaProgram

Kerajaan Negeri Sembilan peruntuk RM2.165 juta kepada MPKK

SEREMBAN: Kerajaan Negeri telah memberi peruntukan dana geran aktiviti sebanyak RM5,000 kepada 433 buah MPKK di seluruh Negeri Sembilan.

Exco Pembangunan Luar Bandar, YB Dato’ Ismail Ahmad berkata, geran tersebut terbahagi kepada dua kategori.

“Kategori pertama ialah geran pengurusan MPKK sebanyak RM2,000.

“Kategori kedua geran program dan aktiviti MPKK yang berjumlah RM3,000.

“Kerajaan Negeri turut memberi dana geran belia MPKK yang berjumlah RM3,000 kepada setiap MPKK.

“Peruntukkan yang diberikan ini adalah bagi membantu MPKK menjalankan program kemasyarakatan dan khidmat sosial kepada penduduk setempat,” kata Ismail.

Ismail berkata demikian bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh ADUN Jeram Padang, Datuk L.Manickam di Persidangan Kedua Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan ke-14 pada Selasa.

Show More

Related Articles

Back to top button