Berita

Bayi cacat tangan dapat perhatian segera Rusli

LINGGI: Seorang bayi berusia dua minggu yang dilahirkan dengan kecacatan di tangan, mendapat perhatian segera Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah.

Rusli menziarahi Adik Nia Aurora Muizzudin di Ladang Sengkang.

“Adik Nia dilahirkan dua minggu lepas dengan kecacatan tangan dan beberapa komplikasi lain yang masih terlalu awal untuk di diagnos (dirawat).

“Kita mengambil berat keadaan Adik Nia dan telah membawa perkara ini kepada beberapa jabatan untuk meneliti jenis-jenis bantuan yang boleh diberikan.

“Semoga adik ini akan dipermudahkan proses pembesaran dan mempunyai kehidupan yang normal,” ujar Rusli.

Rusli berkata, mana-mana pihak yang ingin menyumbang dan membantu adik Nia sangat dialu-alukan.

Bantuan boleh dihulur dengan menghubungi ibu Adik Nia iaitu Nor Faziera Nor Azman di talian 013-2324 181 atau melalui akaun bank beliau, CIMB: 76319 58020.

Show More

Related Articles

Back to top button