Berita

Bayi melecur terkena air panas dapat perhatian Anwar

PORT DICKSON: Kejadian Adik Muhammad Zahran Zhafi Muhammad Syafiq, 12 bulan, yang melecur badan akibat terkena air panas; mendapat perhatian Ahli Parlimen Port Dickson, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Dalam kejadian malam Khamis lepas di Taman Greenview di sini, anak kepada pasangan suami isteri Encik Muhammad Syafiq dan Puan Noorhidayu melecur 45 peratus badannya.

Menurut Pegawai Pejabat Ahli Parlimen Port Dickson, Mejar (B) Hasrin Abd Samat; Puan Noorhamidayu telah menghubungi pejabatnya untuk memohon bantuan sewajarnya.

“Justeru, mewakili YB Dato’ Seri Anwar, saya telah menziarahi keluarga ini dan menyampaikan sumbangan kewangan serta bakul makanan.

“Kami mendoakan agar anak ini diberi kesembuhan dengan segera dan kembali sihat seperti sediakala,” ujar Hasrin.

Rusli turut membantu

Sementara itu, Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah turut menziarahi keluarga Muhammad Zahran Zahfi.

“Saya telah menghulurkan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan dapur kepada keluarga ini.

“Puan Noorhamidayu memaklumkan anaknya masih dalam proses rawatan.

“Saya berharap agar anak kecil ini diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan,” ujar Rusli.

Show More

Related Articles

Back to top button