Aktiviti

Bayi sakit jantung dapat perhatian Penyelaras DUN Palong

PALONG: Nasib seorang bayi berusia tujuh bulan, Muhammad Hail Nafis Mohd Hanafi yang menghidapi penyakit sakit jantung dan masalah usus mendapat perhatian Penyelaras DUN Palong, Tuan Rebin Birham.

“Saya mendapat perkhabaran sedih berkaitan seorang bayi yang mengalami masalah usus dan sakit jantung yang kronik di Felda Palong 9.

“Justeru, saya menziarahi keluarga bayi tersebut. Saya berasa amat simpati di atas ujian yang dilalui oleh anak sekecil ini.

“Semoga anak ini akan diberi kesembuhan oleh Allah SWT,” kata Rebin.

Rebin menyerahkan sumbangan kewangan kepada bapa bayi, Mohd Hanafi Mohd Jait bagi meringankan beban kos rawatan bayi tersebut.

“Bantuan saya tidak terhenti di sini, kita akan cuba bantu dari semasa ke semasa mengikut keperluan,” ujarnya.

Show More

Related Articles

Back to top button