Aktiviti

Bekas pengawal keselamatan dibantu berdikari selepas hilang pekerjaan

PORT DICKSON: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Port Dickson, YB Dato’ M.Ravi telah membantu seorang bekas pengawal keselamatan untuk berdikari selepas hilang pekerjaan akibat wabak Covid-19.

Encik P.Ganesan menerima sumbangan wang tunai dari Ravi sebanyak RM300.00 untuk membolehkan Ganesan membeli peralatan memotong rumput.

“Diharapkan dengan pembelian peralatan memotong rumput ini, beliau boleh berdikari dengan mengambil upah memotong rumput dan pembersihan.

“Malah beliau telah dapat permintaan (tempahan) untuk memotong rumput dan membersihkan pusat krematorium dan sembahyang kematian orang beragama Hindu di Port Dickson,” kata Ravi yang juga merupakan Timbalan Yang Di Pertua Dewan Undangan Negeri Sembilan.

 

Show More

Related Articles

Back to top button