Berita

Bekas penyanyi keuzuran terima bantuan katil pelbagai fungsi dari Taufek

Khalis merupakan adik kepada Allahyarham Achik Spin

PAROI: ADUN Paroi, Dato’ Mohamad Taufek Abdul Ghani menyumbang sebuah katil mudah alih pelbagai fungsi kepada seorang bekas penyanyi, Saudara Muhammad Khalis Md Shari, 33, di Bandar Seremban Selatan, kelmarin.

Mohamad Taufek berkata, Muhammad Khalis merupakan bekas penyanyi dan adik kepada Allahyarham Achik Spin serta abang kepada penyanyi Tajul; dikatakan mengalami penyakit misteri akibat sihir atau ilmu hitam.

“Awal bulan lalu, tular dalam media sosial, foto Muhammad Khalis yang kelihatan pucat, berwajah cengkung dan badan kurus kering didukung seseorang masuk ke dalam kereta untuk dibawa ke hospital.

“Penyanyi lagu Semakin Rindu itu dimasukkan ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban selepas ditemui dalam keadaan separuh sedar di kediamannya.

“Menurut keluarganya, wujudnya dakwaan mengatakan Muhammad Khalis sebenarnya mengalami sakit teruk akibat sihir atau ilmu hitam,” jelas Mohamad Taufek.

Muhammad Khalis mempunyai seorang isteri dan memikul tanggungjawab membesarkan tujuh cahaya mata berusia daripada sembilan hingga 20 tahun.

“Tiga daripada mereka adalah anak tiri, dua anak sendiri dan dua lagi anak saudara yang dipelihara sejak kecil.

“Justeru, Pusat Khidmat Rakyat DUN Paroi dengan kerjasama Tabung Warisan Khas Kesihatan (TWKK) telah menyampaikan sumbangan katil pelbagai fungsi bagi memudahkan urusan seharian Muhammad Khalis dan keluarganya,” ujar Mohamad Taufek yang juga Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.

Show More

Related Articles

Back to top button