Berita

Belanjawan 2021: Pembelian mesin Krematorium Sua Betong RM1 juta

Pusat Pembakaran Mayat Sua Betong terbengkalai sejak 2016

SEREMBAN: Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi pembelian dua unit mesin pembakaran mayat di Pusat Pembakaran Mayat (Krematorium) Sua Betong, Port Dickson.

Exco Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam, YB J.Arul Kumar berkata, dalam pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan 2021,┬áMenteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun mengumumkan dana tambahan tersebut.

“Mengambilkira kepentingan kaum India, Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan mengambil inisiatif sendiri dengan mengumumkan dana tambahan sebanyak RM1 juta untuk melengkapkan projek ini dengan membeli dua unit mesin pembakaran mayat.

“YAB Menteri Besar juga menekankan bahawa bayaran yang dikenakan perlu rendah iaitu 50 peratus lebih murah berbanding caj yang dikenakan oleh Krematorium swasta ataupun di tempat lain, untuk memastikan semua keluarga yang kurang berkemampuan mendapat manfaat (jika berlaku kematian) daripada pembinaan Krematorium ini termasuk melibatkan masyarakat bukan Islam di kawasan Port Dickson,” jelas Arul Kumar.

Menurut Arul Kumar: “Projek pembangunan Pusat Pembakaran Mayat Sua Betong telah dibiayai menggunakan peruntukan khas YAB Perdana Menteri pada tahun 2014 iaitu sebanyak RM300,000, tahun 2016 sebanyak RM1, 000,000 serta RM150,000 pada 2017 melalui Pejabat Pembangunan Negeri.

“Walaubagaimanapun, ketidakcekapan menguruskan dana tersebut menyebabkan projek ini tertangguh sejak sekian lama,” kata Arul Kumar.

 

Show More

Related Articles

Back to top button