Berita

Belia pemacu globalisasi setempat

RANTAU: Penyelaras DUN Rantau, Tuan Husin Haroon telah melancarkan Kumpulan Gerak Muda Penyelaras DUN Rantau (Gerak Muda) bagi memperkasa golongan belia di DUN Rantau.

Husin berkata, kumpulan ini ditubuhkan bagi membentuk sebuah platform pembangunan belia dalam bidang keusahawanan, kemahiran, kepimpinan dan kerohanian di DUN Rantau.

“Baru-baru ini Ketua Gerak Muda, Cik Farah Abdul Ghani bersama 30 ahli kumpulan telah menyantuni pengunjung dan peniaga di Pasar Rantau.

“Mereka telah menyampaikan maklumat tentang dasar, inisiatif dan insentif yang ditawarkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan.

“Selain beramah mesra, ahli kumpulan Gerak Muda juga mengedarkan akhbar Nogori Kito, pelitup muka dan hand sanitiser,” kata Husin.

Menurut Husin, program ini diadakan bagi mendekatkan golongan anak muda dengan komuniti setempat.

“Saya berharap para belia di DUN Rantau akan menjadi pemacu globalisasi setempat.

“Golongan belia harus menjadi individu yang memiliki daya saing, pemikiran bertahap tinggi dan menjadi agen perubahan,” ujar Husin.

Show More

Related Articles

Back to top button