Berita

300 keluarga terima baucer ‘Hari Raya’ dari Ravi

SRI TANJUNG: Sebanyak 300 keluarga kurang berkemampuan dari DUN Sri Tanjung menerima sumbangan baucer membeli belah bernilai RM100 daripada ADUN Sri Tanjung, YB Dato’ M.Ravi.

Ravi berkata, penerima sumbangan sempena Hari Raya Aidilfitri ini sebanyak 100 keluarga dari Kampung Arab, masing-masing 50 keluarga dari Kampung Paya dan Kampung Gelam/Kampung Air Meleleh.

“Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban dan memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi,” ujar Ravi.

Majlis penyerahan sumbangan ini diadakan di Dewan Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson.

Turut hadir ADUN Chuah, YB Dato’ Michael Yek Diew Ching; Exco Pembangunan Luar Bandar, YB Dato’ Ismail Ahmad dan Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah.

Show More

Related Articles

Back to top button