Berita
Bonggol jalan akan dibina bagi mengurangkan risiko kemalangan
SEREMBAN JAYA: Keadaan jalan yang tiada bonggol di Taman Bukit Sri Senawang mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren.
Gunasekaren berkata, keadaan jalan yang tiada bonggol menyebabkan pengguna jalan tersebut membawa kenderaan dengan laju dan boleh menyebabkan kemalangan.
“Ini merupakan kawasan perumahan dan ianya amat berbahaya memandu dengan laju.
“Oleh itu, pembinaan tiga buah bonggol jalan telah diluluskan bagi mengawal had laju kenderaan.
“Semoga dengan pembinaan bonggol jalan tidak lama lagi, ianya dapat mengurangkan risiko kemalangan,” kata Gunasekaren.
Turut hadir, Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali.