Aktiviti

Bumbung dua rumah diterbangkan ribut akan dibaiki segera

LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Rusli Abdullah telah melawat dua buah rumah yang mengalami kerosakan bumbung akibat kejadian ribut di Kampung Tanjung Agas pada petang Isnin.

“Sebahagian bumbung kedua-dua buah rumah tersebut diterbangkan angin kencang.

“Saya telah turun padang dan kerja-kerja membaik pulih bumbung kedua-dua rumah akan dilaksanakan dengan kadar segera,” kata Rusli.

Turut hadir, beberapa pegawai dari Pejabat Daerah Port Dickson.

Sementara itu, Rusli mengagihkan barangan keperluan dapur kepada 30 keluarga kurang berkemampuan di Kampung Telok Pelandok, Kampung Pengkalan Kempas, Kampung Bukit Tembok dan Kampung Pengkalan Durian.

“Objektif program ini adalah untuk menyantuni masyarakat dan membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga yang memerlukan,” ujar Rusli.

Show More

Related Articles

Back to top button