Berita

Bumbung rumah penduduk kampung terbang akibat ribut diganti segera

SUNGAI LUI: Penyelaras DUN Sungai Lui, Tuan Saiful Bahri Jaaman telah bertindak segera dengan menggantikan bumbung sebuah rumah penduduk yang diterbangkan angin ribut di Kampung Baru Air Hitam.

“Beberapa keping bumbung rumah Encik Mohd Amin Mohd Sharif diterbangkan angin ribut.

“Mendapat maklumat dari Pengerusi MPKK Kampung Baru Air Hitam, Encik Mohd Fazlin, saya telah melantik seorang kontraktor untuk menjalankan kerja-kerja menggantikan bumbung rumah tersebut.

“Kerja-kerja menggantikan bumbung rumah ini telah selesai dalam masa sehari sahaja,” jelas Saiful Bahri.

Mohd Amin serta Mohd Fazlin mengucapkan terima kasih kepada Saiful Bahri di atas tindakan pantas menggantikan bumbung rumahnya.

Show More

Related Articles

Back to top button