Aktiviti

Bumbung rumah pesakit tulang belakang dibaik pulih

LINGGI: Puan Zurina Zainol, 50 tahun, kini boleh menarik nafas lega apabila beliau bukan sahaja mendapat sumbangan kerusi roda, malah bumbung rumah beliau yang bocor sejak sekian lama telah diganti baharu.

Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah berkata, Zurina merupakan seorang pesakit tulang belakang dari Kampung Telok.

“Saya telah menyerahkan sumbangan kerusi roda kepada Puan Zurina untuk memudahkan pergerakan beliau.

“Pada masa yang sama, ketika menyerahkan kerusi roda ini, saya mendapati kebanyakkan bumbung rumah beliau bocor.

“Justeru, saya telah menyumbang 15 keping zink dengan kadar segera untuk proses menggantikan bumbung rumah beliau.

“Semoga bantuan ini bermanfaat dan dapat memberikan keselesaan kepada keluarganya,” kata Rusli.

Turut hadir, Pengerusi MPKK Kampung Telok, Puan Mariani Mahadan.

Show More

Related Articles

Back to top button