Berita

Bumbung rumah rosak akibat ribut di Palong 1 akan dibaiki segera,” Musliadi

JERAM PADANG: Kejadian angin ribut dan hujan lebat di Felda Palong 1 petang kelmarin, mengakibatkan bumbung sebuah rumah tercabut diterbangkan angin.

Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu berkata, kerja-kerja pemasangan bumbung baru terpaksa ditangguhkan kerana hujan masih lagi turun.

“Tindakan segera memasang bumbung baru akan dilakukan pada hari ini dengan kadar segera oleh kontraktor yang telah dilantik.

“Alhamdulillah tiada kecederaan yang berlaku kepada penghuni rumah,” ujar Musliadi.

Show More

Related Articles

Back to top button