Berita

Bumbung rumah rosak akibat ribut diganti segera

LINGGI: Dua keluarga di DUN Linggi yang merupakan mangsa kejadian ribut mendapat perhatian segera Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah.

Rusli berkata, mangsa pertama Encik Hafizzuraimi Ramli, 35, dari Kampung Telok dan yang kedua Encik Pang, 89, di Pasir Panjang.

“Sebahagian bumbung rumah Encik Hafizzuraimi dan Encik Pang telah rosak akibat kejadian ribut malam kelmarin.

“Saya telah melawat kedua-dua rumah ini pagi semalam dan saya telah melantik kontraktor untuk menggantikan bumbung kedua-dua rumah ini dengan segera,” katanya.

Hafizzuraimi dan Pang mengucapkan terima kasih kepada Rusli di atas keprihatinan dan bantuan segera yang diberikan.

Turut hadir, Pengerusi MPKK Kampung Telok, Puan Mariani Mahadan.

Show More

Related Articles

Back to top button