Menarik

Bumbung rumah rosak akibat ribut telah dibaiki segera

GEMAS: Kejadian ribut pada petang 22 Februari lepas di Taman Gemas Indah, menyebabkan bumbung rumah Encik Siritaran Devadasan, 38, tercabut dan rosak teruk.

Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti Aishah Seman@Othman telah bergegas ke lokasi kejadian sejurus mendapat maklumat dari Pengerusi MPKK Taman Gemas Indah, Encik Mohd Rawi Majid.

“Alhamdulillah, pada 23 Februari, kami telah menggantikan enam keping bumbung yang tercabut dan rosak teruk sebelum ini.

“Tahniah kepada MPKK yang peka dengan kes ini dan melaporkan segera kepada saya untuk tindakan segera,” ujar Siti Aishah.

Show More

Related Articles

Back to top button