Aktiviti

Bumbung rumah usang diganti baru, tuan rumah ceria

JERAM PADANG: Wajah Chong Mak Heng@Chin Mak Heng dari Kampung Kepis Batu 12, akhirnya ceria selepas permohonan untuk membaiki bumbung rumahnya menjadi kenyataan.

Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu berkata, beliau menerima permohonan dari Chong untuk menggantikan bumbung rumahnya yang bocor.

“Beberapa permohonan Chong sebelum ini gagal. Namun, kali ini saya telah meluluskan permohonan beliau menggunakan peruntukan Pejabat DUN Jeram Padang.

“Alhamdullillah, bumbung rumah yang bocor telah diganti dengan bumbung baru.

“Beliau tidak perlu risau lagi tentang masalah kebocoran bumbung pada hari hujan,” kata Musliadi.

Ching mengucapkan terima kasih kepada Musliadi dan Pengerusi MPKK Kampung Kepis Batu 12, Encik Loh Chee Wai, di atas usaha untuk membantu beliau menyelesaikan masalah bumbung bocor dalam tempoh yang singkat.

Show More

Related Articles

Back to top button