Berita

Bumbung rumah warga emas bocor, diganti baharu

JERAM PADANG: Bumbung rumah seorang warga emas di Kampung Pekan Jelai yang usang telah diganti baharu,” kata Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu.

“Bumbung rumah Puan Nagamal Velu sebahagiannya bocor dan ini menyebabkan setiap kali hujan, air membahasi lantai rumahnya.

“Justeru, di atas prihatin saya telah melantik kontraktor untuk kerja-kerja menggantikan bumbung rumah beliau.

“Semoga dengan bumbung yang baharu ini, memberi keselesaan kepada Puan Nagamal sekeluarga,” ujar Musliadi.

Sementara itu Nagamal mengucapkan terima kasih kepada Musliadi di atas bantuan yang dihulurkan.

Show More

Related Articles

Back to top button