Berita

Bumbung rumah warga emas diganti baharu

SUNGAI LUI: Bumbung rumah seorang warga emas, Encik Ganapathy Ramankutty di Kampung Baru Ayer Hitam diganti baharu setelah mengalami kerosakan akibat kejadian angin ribut baru-baru ini.

Penyelaras DUN Sungai Lui, Tuan Saiful Bahri Jaaman berkata, setelah mendapat berita tentang kejadian tersebut, beliau telah melawat rumah Ganapathy.

‘Saya mendapati sebahagian bumbung dan siling rumah beliau mengalamai kerosakan.

“Justeru, saya telah melantik seorang kontraktor dan bumbung rumah Encik Ganapathy telah diganti dengan segera,” jelas Saiful Bahri.

Turut bersama dalam lawatan ini, Pengerusi MPKK Kampung Baru Ayer Hitam, Encik Mohd Fazlin; Pengerusi MPKK Kampung Dusat, Encik Tahir dan Setiausaha MPKK Kampung Dusat, Encik Shahrin.

Show More

Related Articles

Back to top button