Berita

Bumbung rumah warga emas rosak akibat ribut dibaiki segera

GEMENCHEH: Bumbung sebuah rumah yang rosak akibat angin ribut di Felda Bukit Rokan malam kelmarin, telah dibaiki segera.

Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi berkata, sebahagian bumbung rumah Encik David Doraisamy, 60, tercabut dan diterbangkan angin ribut.

“Saya telah melawat rumah beliau pagi semalam dan saya telah melantik seorang kontraktor untuk melaksanakan kerja-kerja menggantikan bumbung rumah dengan segera,” ujarnya.

Turut hadir, Pengerusi MPKK Felda Bukit Rokan, Encik Manabub dan Pegawai Kebajikan Pejabat Penyelaras DUN Gemencheh, Puan Sasriza.

Show More

Related Articles

Back to top button