Berita

KeADILan Cabang Seremban bantu bersihkan rumah mangsa banjir

RASAH: Menyedari betapa susahnya untuk membersihkan sebuah rumah yang ditenggelami dengan banjir berlumpur; KeADILan Cabang Seremban melancarkan misi membersihkan rumah penduduk Kampung Seri Mantau, Mambau yang terlibat dengan kejadian banjir pada 4 November lepas.

Program Khidmat Rakyat Team Kudrat Seremban yang diketuai oleh Ketua Cabang KeADILan Seremban, YB Senator Dr.Ahmad Azam Hamzah dan dibantu oleh 12 ahli KeADILan Cabang Seremban telah menjalankan kerja-kerja pembersihan rumah mangsa banjir.

“Kita faham bukan mudah untuk membersihkan sebuah rumah yang ditenggelami banjir berlumpur.

“Justeru, KeADILan Cabang Seremban terpanggil untuk membantu penduduk yang terjejas dengan banjir kilat pada 4 November lepas, kita melancarkan program ini untuk membantu penduduk kampung membersihkan rumah masing-masing.

“Adalah diharapkan usaha ini dapat meringankan keperitan yang ditanggung oleh mangsa banjir di kampung ini,” kata Ahmad Azam.

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button