Aktiviti

Cadangan pembangunan landskap di Jeti Pengkalan Kempas – Rusli

LINGGI: Cadangan pembangunan landskap oleh Dewan Persatuan Orang Cina Negeri Sembilan di Jeti Pengkalan Kempas akan diutarakan kepada jabatan yang berkaitan,” kata Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah.

“Jeti Pengkalan Kempas mempunyai keunikan sejarahnya tersendiri selain tarikan semulajadi di kawasan persekitarannya seperti sungai.

“Pembangunan landskap akan menaikkan imej Pengkalan Kempas yang juga terkenal di kalangan pemancing sebagai lokasi memancing udang.

“Ini secara tidak langsung akan memberi kesan positif kepada taraf dan kualiti hidup penduduk tempatan serta menjadikan Pengkalan Kempas sebagai tempat pelancongan.

“Untuk tindakan jangka masa pendek, saya telah menyumbang sejumlah dana kewangan kepada persatuan ini untuk melaksana kerja-kerja keceriaan landskap di Jeti Pengkalan Kempas,” jelas Rusli.

Show More

Related Articles

Back to top button