Berita

Campbell Street johan Parlimen Rasah, layak ke pusingan akhir Piala MB

RASAH: Pasukan Campbell Street muncul sebagai johan Kejohanan Bolasepak Piala YAB Menteri Besar Negeri Sembilan Peringkat Parlimen Rasah yang berlangsung di Padang Majlis Bandaraya Seremban.

Campbell Street mengalahkan Balai Polis Rahang di perlawanan akhir dengan kemenangan tipis 1-0 dan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, piala pusingan dan pingat.

Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin mengucapkan syabas kepada semua pasukan yang bertanding, tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

“Saya berharap semua lapan pasukan yang bertanding di peringkat negeri nanti bermain dengan semangat kesukanan yang tinggi. Kalah dan menang adat permainan.

“Terima kasih kepada Jawatankuasa Pengelola yang diketuai oleh Saudara Azhar Kassim yang mengendalikan kejohanan ini dengan baik dan lancar dan memastikan tiada insiden yang tidak diingini berlaku

“Setinggi-tinggi penghargaan kepada RELA, Bomba dan Majlis Bandaraya Seremban yang turut membantu menjayakan kejohanan ini,” kata Cha.

Cha berkata, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Rasah komited menjayakan kejohanan ini apabila menanggung sebahagian daripada kos penganjuran kejohanan peringkat Parlimen Rasah ini.

Kejohanan Bolasepak Piala YAB Menteri Besar Negeri Sembilan adalah anjuran Pusat Pembangunan Belia Harapan Negeri Sembilan (TABAH) dan Pejabat Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang, YB Nicole Tan Lee Koon; ADUN Rahang, YB Mary Josephine Prittam Singh dan ADUN Mambau, YB Yap Yew Weng.

 

Show More

Related Articles

Back to top button