Berita

Cha: Balai Raya Kg.Kondok dinaiktaraf dengan kos RM20 ribu

RASAH: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Rasah telah memperuntukkan RM20,000 untuk kerja-kerja menaiktaraf Balai Raya Kampung Kondok di Nilai.

Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin berkata, antara kerja naiktaraf termasuk memasang awning baru di depan dan tepi balairaya, menyimen lantai di tepi premis, mengecat semula tembok dan membina mainhole longkang di bahagian belakang premis.

“Diharapkan dengan menaiktaraf kemudahan ini, ianya memberi manfaat dan keselesaan kepada penduduk kampung, terutamanya apabila menganjurkan aktiviti atau program kemasyarakatan.

“Peruntukan untuk kerja naiktaraf ini telah diluluskan pada tahun lepas dan saya bersyukur kemudahan infrastrukutur ini telah siap dibina,” katanya.

Turut hadir Bekas Pengerusi MPKK Kampung Kondok, Encik Hamzah yang memberikan taklimat kerja naiktaraf kepada Cha dan Pengerusi MPKK Kampung Kondok, Puan Siti Mariam.

Show More

Related Articles

Back to top button