BeritaProgram

Negeri Sembilan peruntuk RM39.55 juta cegah banjir

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan memperuntukkan RM39.95 juta bagi menangani dan mencegah kejadian banjir.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Kerajaan Negeri Sembilan sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

Jumlah peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Sembilan bagi projek-projek Pengurusan Tebatan Banjir dan Lembangan Sungai dari tahun 2018 hingga 2023 adalah sebanyak RM39.55 juta (59.69 peratus) daripada jumlah keseluruhan peruntukan pembangunan P54-JPS berjumlah RM66.26 juta.

“Malah, peruntukan tahun 2023 bagi JPS telahpun dinaikkan dari 10.13 juta tahun 2022 kepada 11.90 juta pada tahun hadapan.

“Bagi menghadapi bencana, Kerajaan Negeri telah menambah peruntukan di bawah Vot Pembangunan P-64 Luar Jangka sebanyak RM2 juta pada tahun 2023 berbanding RM0.5 juta pada tahun 2022.

“Selain itu, peruntukan bagi bencana juga disediakan di bawah Akaun Amanah Permasalahan Rakyat, Akaun Amanah Bencana dan Akaun Amanah Dana Khas Menteri Besar untuk khidmat masyarakat dan kesejahteraan rakyat,” kataya.

Aminuddin berkata demikian dalam ucapan penggulunggan di Persidangan Keempat (Belanjawan) Penggal Kelima DUN Negeri Sembilan Yang Ke-14 pada Rabu.

Show More

Related Articles

Back to top button