Aktiviti

Cha dan Gunasekaren santuni 93 keluarga Tionghua kurang kemampuan

SEREMBAN JAYA: Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin bersama ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah
menyampaikan barang keperluan asas, sekotak pelitup muka (face mask) dan ‘Ang Pau’ kepada 78 keluarga kurang berkemampuan sempena sambutan Tahun Baru Cina.

“Bantuan diagihkan kepada 78 keluarga Tionghua dari Kampung Baru Rahang.

“Sumbangan ini diserahkan kepada penerima dari rumah ke rumah dengan SOP yang ketat,” kata Cha.

Sementara itu, dalam program yang sama di Taman Bidara, Gunasekaren menyampaikan sumbangan barangan keperluan dapur kepada 15 keluarga berbangsa Cina yang kurang berkemampuan.

“Semoga sumbangan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para penerima yang masih berhadapan dengan pandemik Covid-19,” ujar Gunasekaren.

Turut hadir, Pengerusi MPKK Kampung Baru Rahang, Encik Liew.

 

Show More

Related Articles

Back to top button