Berita

Cha: Derma RM80 untuk 1 set tilam dan bantal

Setakat ini 700 set tilam dan bantal telah disumbang kepada mangsa banjir

RASAH: Ahli Parlimen Rasah Cha, melancarkan ‘Kempen Derma RM80 untuk 1 Set Tilam dan Bantal’, bertujuan membantu mangsa banjir Rasah.

Cha berkata, dengan setiap sumbangan RM80; ia membolehkan pejabatnya membeli satu set tilam dan bantal untuk diserahkan kepada penduduk yang terjejas dengan banjir kilat di Parlimen Rasah pada 4 November lepas.

“Kelmarin saya telah menyumbang 700 set tilam dan bantal kepada 350 mangsa banjir di Taman Happy Garden, Taman Mok Sum, Taman Rasah Utama, Kampung Dato’ Mansor dan Kampung Chedang.

“Setiap keluarga menerima dua set tilam dan bantal.

“Namun, kita masih perlukan lebih banyak tilam dan bantal untuk diagihkan kepada mangsa banjir di beberapa kawasan yang lain yang turut terjejas dengan banjir kilat tersebut,” jelas Cha.

Menurut Cha, daripada keseluruhan 700 set tersebut; sebanyak 200 set tilam dan bantal disumbangkan oleh Ahli Parlimen Seremban, YB Loke Siew Fook.

“Saya hargai sumbangan beliau yang turut menyokong kempen ini.

“Justeru, sekiranya ada individu atau NGO yang ingin membantu mangsa banjir, boleh menyumbang melalui kempen ini,” jelas Cha.

Sumbangan boleh disalurkan ke: 

Nama Akaun: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Rasah
Nama Bank: Bank Muamalat
Nombor Akaun: 0501-0004183-71-4
Catatkan: ‘Banjir Rasah’

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi: YB Cha: 012-666 4557 atau 06-601 5557

Show More

Related Articles

Back to top button