Berita

Latif serah geran TUNS dan TUNS PLUS kepada 13 usahawan mikro

GEMENCHEH: Seramai 13 usahawan mikro dari DUN Gemencheh telah menerima Sijil Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) dan Usahawan Negeri Sembilan PLUS (TUNS PLUS), Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi.

Abd Latif berkata, sembilan peniaga kecil menerima Sijil TUNS manakala empat orang usahawan menerima Sijil TUNS PLUS.

“TUNS merupakan bantuan pembiayaan secara geran berjumlah RM3,000 yang disasarkan kepada penjaja dan peniaga kecil di Negeri Sembilan.

“Objektif utama adalah supaya lebih ramai golongan usahawan berjaya diwujudkan melalui inisiatif ini.

“TUNS PLUS pula merupakan bantuan pembiayaan secara pinjaman mudah tanpa faedah sehingga RM15,000 yang disasarkan kepada Usahawan Mikro Negeri Sembilan.

“Objektif penubuhan TUNS PLUS bertujuaan untuk menggalakkan lagi aktiviti perniagaan melalui akses pembiayaan dengan lebih mudah dan fleksibel.

“Terima kasih diucapkan kepada Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan di atas insentif yang diberikan kepada usahawan bagi membantu meningkatkan perniagaan yang sedia ada melonjak ke satu tahap yang lebih baik dari sebelumnya,” kata Abd Latif.

Majlis penyerahan telah diadakan di Balai Raya Kampung Tengah.

Show More

Related Articles

Back to top button