Berita

Persatuan Veteran ATM Tampin dapat sumbangan RM5,000 dari Veerapan

REPAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah, YB Veerapan Superamaniam telah menyumbang RM5,000 kepada Persatuan Veteran ATM Tampin.

“Persatuan ini menjalankan pelbagai usaha demi menjaga kebajikan bekas anggota ATM di samping menjalankan peranan mengangkat pandangan ahlinya.

“Semoga sumbangan ini dapat membantu pihak persatuan untuk meneruskan aktiviti yang telah dirancang dan sedikit sebanyak kebajikan bekas anggota ATM dapat dijaga,” kata Veerapan.

Veerapan berkata demikian di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Veteran ATM Tampin di Balai Raya Kampung Repah.

Show More

Related Articles

Back to top button