Berita

Cha sumbang 60 set kerusi meja untuk pelajar mangsa banjir

Sumbangan set kerusi dan meja sekolah bernilai RM8,000

RASAH: 60 murid sekolah rendah dari Parlimen Rasah yang turut terkesan akibat banjir kilat pada 4 November lepas, mendapat perhatian Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin.

Cha berkata, dalam kejadian banjir tersebut ramai mangsa banjir kehilangan dan kerosakan harta benda termasuk perabut, barangan elektrik dan kenderaan.

“Saya boleh bayangkan sudah tentu kerusi dan meja di rumah mangsa banjir juga rosak dan tidak boleh digunakan lagi.

“Ketiadaan kerusi dan meja sudah pasti akan mengganggu proses pembelajaran pelajar.

“Justeru, saya menyumbang 60 set kerusi dan meja sekolah kepada 60 murid sekolah rendah dari Parlimen Rasah,” kata Cha.

Cha berkata, 60 murid yang menerima sumbangan ini dari keluarga yang kurang berkemampuan dan sumbangan 60 set kerusi dan meja sekolah ini bernilai RM8,000.

“Murid yang menerima sumbangan ini merupakan pelajar darjah satu hingga darjah enam dari Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil dari Parlimen Rasah.

“Saya berharap sumbangan ini membantu pelajar ini meneruskan proses pembelajaran di rumah seperti sedia kala,” ujarnya.

Show More

Related Articles

Back to top button