Berita

Cha sumbang RM23,000 kepada Sekolah Kebangsaan Seremban 2B

RASAH: Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin telah memberi sumbangan kewangan sebanyak RM23,000 kepada Sekolah Kebangsaan Seremban 2B di Stadium Matrix Global School.

Cha berkata, beliau telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM20,000 kepada sekolah tersebut.

“Peruntukan tersebut bertujuan membeli set komputer baharu.

“Dalam masa sama, saya juga menyerahkan sumbangan RM3,000 kepada Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Encik Salehuddin.

“Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat menjadikan Sekolah Kebangsaan Seremban 2B ini melahirkan murid-murid yang celik ilmu dan cemerlang,” kata Cha.

Cha berkata demikian di Majlis Penutupan Hari Sukan Sekolah Kebangsaan Seremban 2B.

Show More

Related Articles

Back to top button