Berita

Cha sumbang RM51 ribu kepada SK Taman Rasah Jaya

Sumbangan berbentuk kemudahan asas dan wang ringgit

RASAH: Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin berkata; Sekolah Kebangsaan Taman Rasah Jaya telah menerima sumbangan RM51 ribu dari peruntukkan pejabatnya.

“Pada hari ini saya telah menyerahkan 44 unit bangku dan 22 unit meja panjang untuk kegunaan di kantin, bernilai RM20 ribu menggunakan peruntukkan tahun ini.

“Pada tahun lepas saya telah membelanjakan peruntukkan sebanyak RM20 ribu untuk kerja pembaikan kemudahan asas dan susur gajah.

“Saya juga menyumbang RM11 ribu kepada dana Persatuan IbuBapa dan guru sekolah.

“Maka secara keseluruhannya dalam tempoh 22 bulan, saya telah menyumbang RM51 ribu kepada sekolah ini menggunakan peruntukkan ahli parlimen,” kata Cha.

Menurut Cha, bangku dan meja panjang di sekolah tersebut perlu diganti kerana sebelum ini ianya digunakan sejak 30 tahun lepas dan telah rosak.

“Sekolah ini mula beroperasi pada tahun 1990. Kerusi dan meja panjang yang digunakan di kantin sebelum ini diperbuat dari kayu.

“Ianya telah rosak kerana dimamah usia dan sering terkena tempias air hujan.

“Maka sewajarnya kerusi dan meja panjang ini diganti baru demi keselesaan murid-murid sekolah ini,” jelas Cha.

Cha berkata, peruntukkan RM20 ribu untuk menggantikan kerusi dan meja panjang ini diluluskan pada bulan Februari lepas ketika Pakatan Harapan masih mentadbir Putrajaya.

Cha menyerahkan sumbangan kerusi dan meja panjang ini kepada Guru Besar, Encik Ahmad Sukrimi dan Guru Penolong Kanan, Puan Surekah.

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button