Berita

Cha tawar Kit Ujian Covid-19 dengan harga subsidi 50 peratus

RASAH: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Rasah menawarkan penjualan Kit Ujian Kendiri Covid-19 dengan harga subsidi.

Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin berkata, demi menggalakkan lebih ramai penduduk Parlimen Rasah melakukan ujian saringan kendiri, beliau menawarkan Kit Ujian Kendiri Covid-19 dengan harga jualan RM9.90 seunit.

“Saya telah membeli 1,000 unit Kit Ujian Kendiri Covid-19 jenis menggunakan air liur (yang diluluskan oleh MDA).

“Saya akan subsidi sebahagian kosnya, dengan menjual semula kepada penduduk Rasah pada harga RM9.90 seunit.

“Harga siling kit ujian ini adalah RM19.90. Bermakna, setiap unit yang dibeli nanti boleh mendapat penjimatan RM10.00.

“Kit Ujian Covid-19 ini akan mula dijual bermula hari ini (6 Sept),” ujar Cha.

Kit Ujian Kendiri Covid-19 ini boleh dibeli di alamat berikut:

Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Rasah,
No.531, Tingkat Bawah, Jalan Haruan 4/6,
Pusat Komersial Oakland, 70300 Seremban.

Telefon: 06-601 5557

Show More

Related Articles

Back to top button