Berita

CHEMBONG: 1,200 keluarga terima bantuan bekalan makanan dari Nasarudin

CHEMBONG: Penyelaras DUN Chembong, Tuan Nasarudin Ibrahim mengagihkan bantuan bekalan makanan kepada 1,200 keluarga yang terjejas pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.

Menurut Nasarudin, setakat ini sebanyak 1,200 keluarga telah menerima barangan keperluan asas termasuk beras, bawang merah, ubi kentang, minyak masak, gula, susu cair dan telur ayam.

“Selain itu saya juga telah menyerahkan bekalan makanan basah seperti ayam segar dan ikan serta buah nenas.

“Secara keseluruhannya saya telah memperuntukkan sebanyak enam tan beras, 1.2 tan bawang merah, 1.2 tan kentang, 2.4 tan minyak masak, 2.4 tan gula, 2,400 tin susu cair, 1,200 papan telur ayam, 1.8 tan ayam segar, 1.2 tan ikan sembilang dan hampir 2.5 tan buah nenas, yang telah diagihkan kepada warga DUN Chembong,” katanya.

Nasarudin berharap sumbangan bekalan makanan ini sedikit sebanyak membantu warga Chembong dalam menghadapi cabaran PKP 3.0 dan pandemik Covid-19.

“Terima kasih kepada Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan di atas Bantuan Khas Covid-19 dengan peruntukan sebanyak RM5 juta yang diumumkan oleh Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun baru-baru ini,” ujar Nasarudin.

Turut serta membantu mengagihkan bantuan makanan ini ialah Pengerusi MPKK Kampung Pedas Hilir, Encik Kamal; Pengerusi MPKK Kampung Seberang Batu Hampar, Encik Fazriq; Pengerusi MPKK Kampung Batu Hampar, Encik Fazli dan Wakil Majlis Belia Rembau, Encik Rafi.

Show More

Related Articles

Back to top button