Aktiviti

CHEMBONG: 40 keluarga dikuarantin dapat bantuan makanan dari Nasarudin

CHEMBONG: Penyelaras DUN Chembong, Tuan Nasarudin Ibrahim menyumbang bantuan makanan kepada 40 keluarga di DUN Chembong yang dikuarantin akibat pandemik Covid-19.

“Saya bersama Ahli Jawatankuasa MPKK DUN Chembong telah menyantuni 40 keluarga di Kampung Seberang Batu, Kampung Pedas Hilir, Kampung Batu Hampar dan Kampung Kundur Tengah dengan menghulur sumbangan barangan basah.

“Ini termasuk ayam, sayur, vitamin C dan kurma kepada 40 keluarga yang dikuarantin ini.

“Menjelang Perintah Kawalan Pergerakan (total lockdown) esok, saya menyeru kepada orang ramai agar jangan membuat pembelian panik.

“Pembelian panik akan menyebabkan orang ramai akan beratur panjang di pasaraya dan secara tidak langsung berpotensi menyebabkan penularan Covid-19. Diharapkan kita mampu memutuskan rantaian Covid-19,” kata Nasarudin.

Nasarudin berkata, pengagihan bantuan makanan ini dijalankan dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.

Turut terlibat dengan program agihan bantuan makanan ini Pengerusi MPKK Kampung Seberang Batu, Encik Fazriq; Pengerusi MPKK Kampung Pedas Hilir, Encik Kamal; Pengerusi MPKK Kampung Batu Hampar, Encik Fazli; Pengerusi MPKK Kampung Kundur Tengah, Encik Zaily dan wakil Majlis Belia Rembau, Encik Mohd Rafi.

Show More

Related Articles

Back to top button