Aktiviti

Chembong: Nasarudin santuni pesakit kencing manis

CHEMBONG: Penyelaras DUN Chembong, Tuan Nasarudin Ibrahim telah menziarahi seorang warga emas, Puan Che Yum Maarof, 80, di Kampung Senama Ulu.

“Puan Che Yum terlantar di katil kerana sakit tua.Beliau juga menghidapi penyakit kencing manis dan pernah melakukan dua pembedahan di bahagian kiri dan kanan tulang pinggul.

“Saya telah menyerahkan sumbangan lampin pakai buang untuk meringankan sedikit beban perbelanjaan harian beliau,” kata Nasarudin.

Sementara itu Nasarudin turut mengulas kes beruk liar yang menganggu penduduk di Kampung Tanjung Sena baru-baru ini.

“Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Negeri Sembilan telah memasang perangkap bagi menangkap beruk liar ini.

“Setakat ini sebanyak 10 beruk liar telah berjaya ditangkap,” kata Nasarudin.

Show More

Related Articles

Back to top button