Aktiviti

Chennah: 117 keluarga terima bantuan RM300 dari Loke

CHENNAH: ADUN Chennah, Loke Siew Fook menyampaikan ‘Bantuan Covid-19’ Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan kepada 117 keluarga kurang berkemampuan dari lima buah kampungĀ  di DUN Chennah.

berlainan iaitu Kg Chennah, Kg Puom, Kg Sungai Rotan, Kg Seperi dan Kg Triang di bawah kawasan DUN Chennah sepanjang hari ini.

“Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan amat prihatin terhadap kebajikan rakyat Negeri Sembilan dan sentiasa berusaha untuk melaksanakan pelbagai inisiatif untuk membantu rakyat bagi mengatasi kesusahan yang dihadapi sekarang.

“Tugas saya sebagai ADUN ialah memastikan semua peruntukan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri disalurkan kepada kumpulan sasar di peringkat akar umbi dengan pantas tanpa sebarang kebocoran dan birokrasi yang berlebihan.

“Setiap 117 keluarga ini menerima bantuan kewangan RM300 dan diharapkan sumbangan ini memberi manfaat. Duit yang diterima boleh digunakan untuk membayar bil elektrik, air dan lain-lain perbelanjaan keluarga,” kata Loke.

Show More

Related Articles

Back to top button