Aktiviti

Chuah: Dewan baru Tanah Merah Site A siap dengan kos RM380 ribu

CHUAH: ADUN Chuah, YB Michael Yek Diew Ching berkata, dewan baru di Kampung Baru Tanah Merah Site A telah siap dibina dengan kos RM380,000.

“Dewan Besar Kampung Baru Tanah Merah Site A telah siap dibina. Dewan lama telah dirobohkan atas sebab serangan anai-anai.

“Dewan baru ini dibina dengan peruntukan sebanyak RM380,000.

“Saya juga telah menyumbang sebuah unit PA System dan peralatan audio visual kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Site A Chuah,” kata Michael Yek.

Sementara itu Michael berkata, Dewan Orang Ramai Kampung India Bukit Pelanduk dan Dewan Besar Kampung Baru Tanah Merah Site A akan mendapat sebuah kipas gergasi.

“Kipas Gergasi yang berharga belasan ribu ringgit ini akan memberi keselesaan kepada semua hadirin di dalawam dewan tersebut.

“Adalah diharapkan segala usaha yang dilakukan dan sumbangan yang diberikan ini memberi manfaat kepada masyarakat di sekitar DUN Chuah.,” ujar Michael Yek.

 

Show More

Related Articles

Back to top button