Aktiviti

Covid-19: 15 keluarga dikuarantin dapat sumbangan dari Rebin

PALONG: 15 keluarga yang dikuarantin akibat pandemik Covid-19, mendapat sumbangan barangan makanan asas dari Penyelaras DUN Palong, Tuan Rebin Birham.

Rebin berkata, beliau menyampaikan barangan makanan kepada 14 keluarga di Felda Palong 8 dan sebuah keluarga di Felda Palong 4.

“Saya turut menyampaikan sumbangan kerusi roda dan wang tunai kepada Saudara Isa yang terlantar sakit di Felda Palong 6.

“Saya doakan agar mereka kembali sembuh seperti sedia kala.

“Saya juga menyeru kepada seluruh warga Palong khususnya agar menjaga kebersihan diri, penjarakan sosial dan sentiasa memakai pelitup muka (facemask).

“Saya juga menyarankan supaya kita sentiasa patuh arahan Kementerian Kesihatan Malaysia,” ujar Rebin.

Show More

Related Articles

Back to top button