Berita

Covid-19: Aishah sedia bantu penduduk terputus bekalan makanan akibat kuarantin

GEMAS: Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti ‘Aishah Seman@Othman bersedia membantu penduduk di DUN Gemas yang terputus bekalan makanan akibat dikuarantin Covid-19.

Siti Aishah berkata jika ada penduduk yang terputus bekalan makanan seperti barangan keperluan dapur kerana dikuarantin, penduduk setempat diminta hubungi MPKK di kawasan masing-masing.

“Jika dikuarantin maklumkan kepada MPKK dan jangan keluar dari rumah. MPKK akan menghantar bekalan pek barangan dapur ke depan rumah dengan mematuhi SOP dan penjarakan sosial.

“Kepada penduduk yang terputus bekalan makanan kerana pendapatan terjejas disebabkan PKP, boleh juga hubungi MPKK atau pun datang terus ke pejabat saya.

“Semoga usaha ini dapat membantu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat Covid-19,” kata Siti Aishah.

Pejabat Penyelaras DUN Gemas dibuka dari 9.00 pagi hingga 4.45 petang (Isnin hingga Jumaat).

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Roszita Ibrahim di talian 017-7777 943.

Show More

Related Articles

Back to top button