Berita

Covid-19: Aminuddin hargai agensi dan jabatan Kerajaan Negeri Sembilan

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun, telah menyampaikan sijil penghargaan kepada agensi dan jabatan kerajaan sekitar Seremban yang bersama-sama membantu memerangi pandemik Covid-19.

“Ini sebagai tanda terima kasih kepada mereka dalam bersama-sama membantu mengharungi wabak Covid-19.

“Saya turut beramah mesra bersama para pengunjung yang hadir.

“Semoga sambutan seperti ini dapat mengubat kerinduan kita untuk ziarah menziarahi selepas dua tahun dibelenggu Covid-19,” kata Aminuddin.

Sementara itu, Aminuddin turut menyampaikan sijil penghargaan kepada semua MPKK dalam daerah Seremban atas khidmat yang diberikan sepanjang dua tahun perkhidmatan.

Majlis penghargaan ini berlangsung di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pejabat Daerah dan Tanah Seremban.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button