Aktiviti

Covid-19: Keluarga dikuarantin dapat bantuan Siti Aishah

GEMAS: Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti Aishah Seman@Othman telah menghantar bantuan barangan keperluan asas dan barangan masakan basah kepada wakil Kampung Melayu Bukit Masjid untuk diserahkan kepada sebuah keluarga yang sedang dikuarantin kerana wabak Covid-19.

Siti Aishah juga menyerahkan sumbangan barangan keperluan dapur dan beg sekolah serta alat tulis kepada 15 orang pelajar dari keluarga kurang berkemampuan dari kampung yang sama.

“Semoga sumbangan ini diharapkan dapat meringankan beban keluarga terbabit,” ujar Siti Aishah.

Show More

Related Articles

Back to top button