Berita

Covid-19: Pemantauan di pasar awam oleh persatuan peniaga

Termasuk Pasar Awam Ampangan dan Nilai

SEREMBAN: Dalam usaha proaktif memastikan peniaga dan pengunjung masuk ke pasar awam dalam keadaan sihat (tidak bergejala), Persatuan Peniaga Pasar Awam Ampangan telah menjalankan prosedur pemantauan ke atas pengunjung pasar tersebut.

Ini termasuk pemeriksaan suhu badan, menyediakan ‘sanitizer’, merekodkan maklumat pengunjung dan memastikan pengunjung memakai ‘mask’.

Selain itu pemantauan ini juga untuk memastikan peniaga dan pengunjung mematuhi arahan waktu beroperasi

Seramai 822 orang pengunjung dan 105 orang peniaga serta pekerja pasar telah menjalani pemeriksaan tersebut.

Secara keseluruhan 927 orang berada di kawasan pasar dan semua pengunjung, peniaga dan pekerja pasar mempunyai suhu kurang 37.6°C.

Permantauan yang serupa turut dijalankan di Pasar Awam Semarak Nilai.

Seramai 603 orang pengunjung dan 63 orang peniaga serta pekerja telah menjalani pemeriksaan.

Jumlah keseluruhan seramai 666 orang berada di kawasan pasar dan semua pengunjung, peniaga dan pekerja pasar mempunyai suhu kurang 37.6°C.

Show More

Related Articles

Back to top button