Berita

Covid-19: Saiful agih bantuan makanan kepada lima keluarga dikuarantin

SUNGAI LUI: Penyelaras DUN Sungai Lui, Tuan Saiful Bahri Jaaman menyampaikan bantuan makanan kepada lima keluarga yang dikuarantin akibat Covid-19 di Felda Pasoh 2 dekat sini.

“Semoga bantuan makanan ini sedikit sebanyak meringankan beban keluarga yang dikuarantin akibat Covid-19,” kata Saiful Bahri.

Sementara itu, Saiful Bahri telah melawat Masjid Kampung Serampang Indah (GATCO) ekoran sebahagian kubah masjid rosak dan diterbangkan angin kencang.

“Sebagai tindakan awal, saya telah menyumbang segulung ‘canvas’ untuk menutup sebahagian kubah yang rosak dan diterbangkan angin.

“Pada masa yang sama, kerja-kerja menggantikan semula kubah masjid yang rosak akan dilaksana dengan segara,” ujar Saiful Bahri.

Show More

Related Articles

Back to top button