Berita

Covid-19: Shahran sumbang bantuan makanan kepada 98 keluarga

SERI MENANTI: Sebanyak 98 keluarga yang terjejas pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan menerima bantuan barangan asas dari Penyelaras DUN Seri Menanti, Tuan Shahran Kaat.

“Sebahagian daripada penerima ini, ada yang dikuarantin Covid-19. Sumbangan barangan makanan ini diagihkan menerusi pengerusi MPKK kawasan masing-masing.

“Semoga sumbangan ini diharapkan meringankan beban keluarga menghadapi pandemik Covid-19,” ujar Shahran.

Penerima bantuan barangan makanan ini dari Kampung Ibol, Kampung Pemarak, Kampung Gunung Pasir, Kampung Tanjung Ipoh, Kampung Bukit Perah, Kampung Ulu Bendul, Kampung Padang Lebar, Kampung Terachi, Kampung Tengah, Kampung Mertang, Kampung Pulau dan Kampung Gedang.

Show More

Related Articles

Back to top button