Berita

Covid-19: Suhaimi agih bantuan makanan kepada 110 keluarga dikuarantin

LENGGENG: Sebanyak 110 keluarga yang dikuarantin akibat Covid-19 telah menerima bantuan makanan dari ADUN Lenggeng, YB Ustaz Suhaimi Kassim.

Ustaz Suhaimi berkata, 60 keluarga di Panchor, 13 keluarga di Pantai dan 37 keluarga di Lenggeng menerima bantuan barangan makanan asas.

“Kami sentiasa mencari keluarga yang dikuarantin di DUN Lenggeng untuk diagihkan bantuan makanan dengan kadar segera agar dapat membantu keluarga yang dikuarantin, tanpa mereka perlu membeli barang keperluan di luar yang boleh mengakibatkan kebolehjangkitan virus Covid-19 yang membahayakan ini.

“Diharapkan dengan sumbangan ini ianya dapat membantu seisi keluarga dalam menjalani kuarantin ini.

“Semoga keluarga ini diberikan kesabaran untuk menjalani kehidupan dalam suasana pandemik yang semakin membimbangkan ini.

“Terima kasih diucapkan kepada seluruh ahli jawatankuasa MPKK setempat yang gigih mengedarkan sumbangan di setiap kawasan masing-masing,” ujar Ustaz Suhaimi.

Show More

Related Articles

Back to top button