Berita

Covid:19: Muhammad Allif sumbang bantuan makanan kepada 50 keluarga dikuarantin

KOTA: Pejabat Penyelaras DUN Kota dengan kerjasama Persatuan Intelektual Prihatin Negeri Sembilan telah menghulurkan bantuan barangan basah seperti ayam dan sayur-sayuran kepada 50 keluarga yang dikuarantin akibat Covid-19 di DUN Kota.

Penyelaras DUN Kota, Tuan Muhammad Allif Ibrahim berkata, 50 keluarga yang menerima bantuan makanan tersebut dari Kampung Titian Bintangor, Kampung Gadong, Kampung Batang Nyamur, Kampung Chengkau Ulu, Sri Layang Jaya, Kampung Pulau Mampat dan Kampung Bongek.

“Alhamdulillah, sebanyak 50 keluarga di DUN Kota telah mendapat bantuan ini.

“Saya berharap dengan bantuan ini, ianya sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban keluarga yang terkesan dengan pandemik Covid-19 ini.

“Saya juga berharap masyarakat DUN Kota akan kekal berdisiplin dengan tidak keluar rumah jika tidak mempunyai urusan penting sepanjang tempoh PKP 3.0 ‘total lockdown’,” kata Muhammad Allif.

Muhammad Alliff berkata, jika penduduk DUN Kota memerlukan sebarang bantuan sepanjang tempoh ‘total lockdown’ ini, boleh menghubungi pegawai beliau di talian berikut:

Encik Saiful: 012-711 3324
Encik Adzly: 011-1128 4048

Show More

Related Articles

Back to top button