Aktiviti

Dakwah ‘Door to Door’ Linggi santuni 70 keluarga

LINGGI: Program dakwah ‘Door to Door’ anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) berjaya menyantuni 70 keluarga di Kampung Tampin – Linggi.

Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah berkata, program ‘Door to Door’ merupakan salah satu program pemerkasaan dakwah dan antara pengisian program adalah menyantuni masyarakat setempat dengan menziarahi rumah ke rumah.

“Sebanyak 70 keluarga berjaya disantuni dan segala permasalahan serta isu-isu setempat yang diutarakan oleh mereka, telah direkodkan untuk tindakan segera,” kata beliau.

Turut hadir, Pengarah JHEAINS, YBhg Dato’ Mohd Zaidi Ramli; Pengurus Ladang Tampin Linggi, Encik Aminur Rashid Ahmad; Pegawai Agama Islam Daerah Port Dickson, Encik Shafie Muhammad dan Pengerusi MPKK Kampung Tampin – Linggi, Encik Mohd Azman Zakaria.

Show More

Related Articles

Back to top button