BeritaProgram

Akhbar Nogori Kito ‘laris’ macam pisang goreng panas

3,000 naskhah habis diedar dalam masa dua hari

LABU: Edaran akhbar Nogori Kito di DUN Labu laris macam jual pisang goreng panas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu, YB Dato’ Ismail Ahmad berkata, permintaan untuk mendapatkan Nogori Kito sangat tinggi menjelang ‘demam’ Pilihan Raya Umum Ke-15 pada 19 November ini.

“Tidak seperti bulan-bulan (edisi-edisi) sebelum ini, di mana tempoh edaran mengambil masa seminggu.

“Untuk Edisi Khas PRU-15, kesemua 3,000 naskhah habis diedar dalam masa dua hari termasuk di program walkabout.

“Jelas pengundi tidak berparti mahu mendapatkan informasi tentang pencapaian Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan sebelum mengambil keputusan untuk undi parti mana.

“Saya optimis Pakatan Harapan akan memperolehi sekurang-kurangnya 120 kerusi untuk membentuk Kerajaan Persekutan pada 19 November ini,” kata Ismail.

Ismail berkata, isu kenaikan harga barang, peluang pekerjaaan serta keputusan BN dan PN membubarkan parlimen yang ‘memaksa’ PRU-15 diadakan dalam musim tengkujuh menyebabkan kemarahan rakyat yang akan diterjemahkan dengan memberi undi kepada Pakatan Harapan.

Akhbar Nogori Kito merupakan ‘adik beradik’ dengan portal Negeri Kita yang diedarkan secara percuma di seluruh 36 DUN di Negeri Sembilan.

Show More

Related Articles

Back to top button